SEK KUKEN

 






NAMA KUMPULAN:MUHAMMAD AZIM BIN FAUZAN (T01SKR21F511)
                                                  MUHAMMAD ZUL AL HUSNA BIN RAIDI (T01SKR21F516)
                                               MOHAMMAD FIRDAUS ZIDI BIN MOHD DILLAH (T01SKR21F504)
                                                    MUHAMMAD FAKRUL HAKIMI BIN MD AZIZ (T01SKR21F505)
                                        MUHAMMAD HANIF BIN AB HAMID (T01SKR21F013)


 NAMA PENGAJAR:PUAN MIELA


SOALAN 1:Hidup berbilang kaum dalam masyarakat adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan kita, pengamalan sikap yang positif yang ada di kalangan masyarakat berbilang kaum yang akan menyumbang kepada perpaduan negara. Bincangkan contoh elemen perpaduan seperti makanan, pakaian, dan sebagainya yang ada dalam masyarakat.




-Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini.




CONTOH PERPADUAN


1-Perpaduan merupakan elemen penting dalam mengekalkan keharmonian dan tradisi kaum dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia kerana tanpa adanya kedaulatan negara boleh terjejas serta lenyap begitu sahaja

2-Perpaduan yang kukuh antara rakyat mampu menjaga keharmonian dan kesejahteraan serta keamanan negara

3- Kepelbagaian kaum di negara ini membuatkan kita unik dengan sikap saling hormat menghormati yang utuh dalam kalangan masyarakat tanpa mengira fahaman agama dan bangsa

4-Janganlah kita mengikuti budaya dari luar yang tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat kita yang hanya merosakkan budaya yang kita amalkan dari dulu lagi.. 

5-Kekalkan identiti dan tradisi yang kita amalkan selama ini dan wariskan kepada anak anak kita pada masa akan datang.



ELEMENT PERPADUAN DARI SEGI PEMAKANAN


1 -Malaysia mempunyai keunikan dari segi latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum misalnya Melayu, Cina dan India yang mempunyai keistimewaan budaya masing-masing. 

2 - Salah satu aspek yang menyumbang kepada keistimewaan masyarakat Malaysia ialah makanan tradisonal yang merupakan salah satu warisan tradisi bagi setiap kaum.

3 - Dengan kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia ini sebenarnya dapat memberikan ruang dalam proses mengukuhkan ikatan perpaduan antara kaum yang secara tidak langsung menggambarkan tradisi kehidupan masyarakat Malaysia.

4 - Misalnya, setiap kali perayaan besar atau majlis-majlis rasmi disambut semestinya diiringi dengan pelbagai aneka hidangan makanan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India




KESIMPULAN
-Perkara ini di mata masyarakat hanya di pandang sebelah mata namun hakikatnya makanan tradisi berbilang kaum ini dapat memberikan pelbagai impak terhadap keharmonian dan perpaduan di negara ini.







Comments